PRU16: Kembalinya Azmin Ali, otai reformasi mampu perkukuh PKR — Penganalisis

PRU16: Kembalinya Azmin Ali, otai reformasi mampu perkukuh PKR — Penganalisis

Kemiskinan Selangor
MOHAMED AZMIN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kembalinya bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama pasukannya dilihat mampu mengukuhkan semula parti itu, sekali gus mencerahkan peluang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meneruskan pentadbiran bagi penggal kedua.

Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Antarabangsa (SoIS), Kolej Undang-Undang, Kerajaan & Pengajian Antarabangsa (COLGIS), Universiti Utara Malaysia (UUM), Misrinah Misban berkata, berdasarkan pengalaman Azmin dalam menguruskan parti, termasuk ketika Anwar berada dalam penjara, beliau mempunyai keupayaan untuk memainkan peranan penting menjelang Pilihan Raya Umum ke-16, terutama selepas keluarnya Datuk Seri Rafizi Ramli daripada PKR.

“Malah, tidak keterlaluan untuk mengatakan prestasi Azmin Ali dalam menguruskan parti sebelum ini lebih baik berbanding Rafizi Ramli. Kembalinya beliau mampu mengukuhkan PKR dan meningkatkan peluang Anwar Ibrahim untuk menyambung tugas sebagai Perdana Menteri bagi penggal kedua.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tetapi selain Anwar, pimpinan atasan serta ahli-ahli PKR juga perlu terlebih dahulu memaafkan Azmin dan pasukannya serta menerima mereka kembali. Ini kerana Azmin adalah antara kekuatan utama PKR dan PH dalam usaha mempertahankan kemenangan,” katanya.

Sebelum ini, Presiden PKR, Anwar memohon maaf selain merayu kepada bekas pemimpin dan aktivis parti itu supaya kembali ke landasan perjuangan PKR ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Tahunan PKR di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, MITC, baru-baru ini.

Ketua Penerangan Wanita PKR, Ginie Lim, turut memuat naik gambar bersama bekas pemimpin PKR, Tian Chua dan Xavier Jayakumar, ketika kongres berkenaan.

Terdahulu, media melaporkan bekas Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Kamarudin Jaffar, dan bekas Ahli Parlimen Nibong Tebal, Mansor Othman, dijangka menyertai semula PKR susulan gesaan Anwar kepada veteran parti supaya kembali ke pangkuan PKR.

Kamarudin, yang juga bekas Timbalan Menteri Luar, dilaporkan berminat untuk menyertai Cabang PKR Cheras, manakala PKR Wilayah Persekutuan dikatakan tidak mempunyai masalah untuk menerima kemasukannya.

Mengulas lanjut, Misrinah berkata, meninggalkan Bersatu di saat lemahnya parti itu, adalah pilihan yang perlu dipertimbangkan masak-masak oleh beliau.

Walaupun begitu, bak sirih pulang ke gagang, bagai belut pulang ke lumpur, Azmin Ali amatlah didambakan oleh Anwar.

“PKR dan Azmin Ali memerlukan antara satu sama lain bagai aur dengan tebing di dalam landskap politik tanah air hari ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini