Polis masih kesan suspek bakar wanita warga emas

Polis masih kesan suspek bakar wanita warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis masih mengesan suspek yang dipercayai menyimbah dan membakar seorang wanita warga emas menggunakan petrol di sebuah premis menjual nombor ramalan di Taman Pusat Kepong, di sini, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Jasni Zolpa berkata, usaha mengesan suspek masih dijalankan, manakala mangsa masih dalam keadaan kritikal.

“Kes masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan ringkas malam ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, mangsa mengalami kira-kira 50 peratus melecur selepas disimbah cecair disyaki petrol sebelum dibakar.

Polis turut meneliti rakaman CCTV di sekitar lokasi bagi mengenal pasti suspek serta pergerakannya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×