Pemandu ‘Black Maria’ Imigresen ragut tiga nyawa didakwa

Pemandu ‘Black Maria’ Imigresen ragut tiga nyawa didakwa

PEMANDU lori Imigresen yang mengakibatkan kemalangan maut tiga sekeluarga dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu ‘Black Maria’ Jabatan Imigresen Malaysia yang terlibat kemalangan meragut nyawa tiga beranak di Jalan Sultan Ismail di sini semalam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap lima pertuduhan terhadapnya.

Tertuduh, Mohd. Akbar Zainol, 43, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dibacakan di hadapan Majistret Aliaa Anwar.

Semalam, media melaporkan tiga sekeluarga maut selepas dilanggar sebuah lori Imigresen yang terbabas di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, mangsa yang maut di tempat kejadian ialah seorang lelaki berusia 53 tahun, serta dua anak perempuannya masing-masing berusia 25 dan 12 tahun

Seorang wanita berusia 55 tahun yang juga isteri dan ibu kepada mangsa cedera dan kini dirawat di Zon Merah Hospital Kuala Lumpur (HKL).

BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini