Pelajar tahfiz warga Malaysia maut, rakan parah nahas di Yala

Pelajar tahfiz warga Malaysia maut, rakan parah nahas di Yala

MUHAMMAD Adam Arif Salleh (gambar kecil) meninggal dunia selepas motosikal ditunggang bersama rakannya merempuh tiang elektrik di Lebuhraya 410 Yala-Betong di Mukim Bannang Sareng, Daerah Mueang Yala, Thailand.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YALA (THAILAND): Seorang pelajar tahfiz warga Malaysia maut manakala rakannya parah selepas motosikal yang ditunggang mereka hilang kawalan sebelum merempuh tiang elektrik di Lebuhraya 410 Yala-Betong di Mukim Bannang Sareng, Daerah Mueang Yala, berhampiran Sekolah Prachawittaya, di sini semalam.

Dalam kejadian  pukul 6.30 petang itu, Muhammad Adam Arif Salleh, 21, dari Perlis meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala sementara rakannya, Khairul Sulaiman Ali, 22, dari Kuala Kedah, Kedah pula cedera parah dan belum sedarkan diri.

Jurucakap Pusat Operasi Penyelamat Mae Ko Niao berkata, anggota penyelamat yang ke lokasi kejadian menemukan dua lelaki rakyat Malaysia terlibat dalam kemalangan itu. 

“Seorang telah meninggal dunia akibat kecederaan  manakala rakannya mengalami kecederaan parah dan tidak sedarkan diri. Mangsa dihantar ke Hospital Yala untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan, kedua-dua mangsa adalah pelajar tahfiz al-Quran di Pondok Padang Pusu, Mukim Sadawa, Daerah Yarang, Pattani.

Kedua-duanya dikatakan dalam perjalanan ke pusat pengajian itu yang terletak kira-kira 52 kilometer dari tempat kejadian selepas menziarahi seorang rakan mereka. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×