Keputusan larangan judi Kedah tidak berperlembagaan kekal

Mahkamah Persekutuan kekalkan keputusan larangan judi Kedah tidak berperlembagaan

ISTANA KEHAKIMAN PUTRAJAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan keputusan bahawa arahan Kerajaan Negeri Kedah untuk tidak mengeluarkan dan memperbaharui lesen perniagaan bagi aktiviti perjudian adalah tidak berperlembagaan.

Ia selepas panel tiga hakim yang diketuai Datuk Rhodzariah Bujang sebulat suara menolak permohonan kebenaran untuk merayu yang difailkan Kerajaan Negeri Kedah.

Dua hakim lain yang turut bersidang bersama-sama ialah Datuk Collin Lawrence Sequerah dan Datuk Azmi Ariffin.

Panel terbabit memutuskan persoalan undang-undang yang dibangkitkan tidak memenuhi ambang keperluan yang ditetapkan (threshold requirement) di bawah Seksyen 96(a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Dengan itu, keputusan Mahkamah Tinggi Kedah yang sebelum ini mengisytiharkan arahan berkenaan sebagai tidak berperlembagaan kekal berkuat kuasa.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×