Kematian empat sekeluarga turut bongkar isu pelaburan haram

Kematian empat sekeluarga turut bongkar isu pelaburan haram

FADIL MARSUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kes kematian empat sekeluarga di sebuah kondominium di Desa Parkcity, Kepong dekat sini Rabu lalu turut mendedahkan wujud isu pelaburan haram, selain isu penipuan cinta atau ‘love scam’.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, ahli keluarga pasangan berkenaan mengetahui kedua-dua masalah dihadapi si mati.

Katanya, polis masih menyiasat dakwaan mengenai love scam termasuk kerugian dan hutang RM260,000 yang dinyatakan dalam nota ditinggalkan si mati lelaki berusia 48 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak keluarga mengetahui masalah love scam dan terperangkap dengan pelaburan haram.

“Dakwaan mengenai love scam, kewujudan scammer serta kerugian dan hutang RM260,000 masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, berang selepas isterinya dipercayai terjebak dalam sindiket penipuan cinta sehingga menyebabkan kerugian dan hutang mencecah RM260,000 dipercayai menjadi punca seorang lelaki bertindak membunuh wanita itu bersama dua anaknya di sebuah kondominium di Desa Parkcity.

Suspek berusia 48 tahun kemudian ditemukan maut selepas terjatuh dari unit kediaman itu.

Siasatan awal mendapati suspek dipercayai meninggalkan sekeping nota di atas meja makan dan menyatakan rasa kesal terhadap isterinya yang didakwa masih cuba menghubungi individu dipercayai scammer berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini