Identiti tiga mangsa dilanggar lori imigresen dikenal pasti

Identiti tiga mangsa dilanggar lori imigresen dikenal pasti

TANGKAP layar sebuah lori Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) yang dipercayai terbabas sebelum merempuh beberapa individu, awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Identiti tiga sekeluarga yang maut dalam kemalangan membabitkan lori Jabatan Imigresen di Jalan Sultan Ismail awal pagi tadi telah dikenal pasti.

Mereka ialah Shaik Mohd Firdaus Shaikh Yahya, 53, bersama dua anak perempuannya, Siti Nor Sazlin, 25 dan Siti Darwisyah Auni, 12,

Isteri mangsa, Norhayati Razali, 55, yang turut menjadi mangsa dalam kejadian itu kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan difahamkan dalam keadaan stabil. 

Perkara itu disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa.

Katanya, keluarga mangsa terlibat itu berasal dari Kampar, Perak.

Jelas beliau, perintah reman selama sehari dikeluarkan terhadap pemandu lori dan Proton Saga di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi. 

“Mereka direman sehari bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. 

Seorang lagi anak pasangan berkenaan, Siti Nor Shakira, 28, tidak terlibat dalam kemalangan itu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×