Guna pelekat SIRIM palsu, syarikat didenda RM20,000

Guna pelekat SIRIM palsu, syarikat didenda RM20,000

SALAH satu tayar yang menjadi bahan kes turut dibawa dalam prosiding pendakwaan terhadap sebuah syarikat di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Mahkamah Sesyen Seremban hari ini mendenda RM20,000 terhadap sebuah syarikat atas kesalahan menggunakan pelekat logo Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) palsu pada 80 unit tayar celup.

Hukuman itu dijatuhkan terhadap Cerico Retreat Sdn. Bhd. selepas pengarahnya, Khoo Chai Kee, 66, yang mewakili syarikat berkenaan selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku bersalah di hadapan Hakim Shahrul Rizal Majid.

Mengikut pertuduhan, syarikat berkenaan dalam perjalanan perdagangan telah membuat representasi palsu dengan menyatakan 80 unit tayar celup pelbagai jenama dan saiz yang mempunyai pelekat SIRIM MS 224:2005 sebagai tayar celup yang diluluskan oleh SIRIM.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kesalahan itu dilakukan di premis syarikat di Taman Perindustrian Bukit Palong, Lukut, di sini pada 13 Februari 2025.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 21 Akta Perihal Dagangan 2011 kerana melanggar Seksyen 16(1) akta sama, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 21(a).

Bagi kesalahan melibatkan suatu pertubuhan perbadanan, akta berkenaan memperuntukkan denda tidak melebihi RM500,000, manakala bagi kesalahan kedua atau berikutnya, denda tidak melebihi RM1 juta.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hazmida Harris Lee manakala OKS diwakili peguam, N. Raswanti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini