Cadangan audit forensik Felda dibawa ke Kabinet

Cadangan audit forensik Felda dibawa ke Kabinet

ANWAR Ibrahim berucap pada Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1448H/2026M di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini. UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Cadangan untuk melakukan audit forensik bagi mengenal pasti dalang yang mengakibatkan Felda menanggung kerugian hampir RM10 bilion akan dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri akan datang.

Perkara itu disahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui pemberita selepas Sambutan Maulidur Rasul Kebangsaan 1448T/2026 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang hari ini.

“Audit forensik kita bawa ke Kabinet,” katanya ringkas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, media melaporkan, audit forensik perlu dijalankan bagi mengenal pasti dalang yang menyebabkan Felda menanggung kerugian hampir RM10 bilion.

Ia sekali gus membolehkan tindakan diambil jika wujud unsur salah guna kuasa, pecah amanah atau salah tadbir urus.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tanggungjawab melaksanakan siasatan itu terletak pada Perdana Menteri meskipun bekas Pengerusi Felda sudah menjalani hukuman.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata, siasatan terbabit tidak boleh dijadikan alat untuk bertindak zalim, menganiaya atau memalukan mana-mana pihak, seperti yang pernah dilakukan sebelum ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini