'Akak bomba' cetus kelainan perbarisan Hari Kebangsaan 2026

‘Akak bomba’ cetus kelainan perbarisan Hari Kebangsaan 2026

ABANG dan 'Akak bomba' sekali lagi menjadi fenomena kegilaan para pengunjung yang hadir di perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya. - UTUSAN/IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: ‘Abang bomba’ sekali lagi menjadi fenomena kegilaan para pengunjung yang hadir di perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya hari ini.

Seramai 69 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengambil bahagian dalam acara perbarisan dan perarakan sambutan berkenaan, sekali gus menampilkan sisi segak dan berdisiplin anggota pasukan itu di hadapan ribuan orang ramai.

Kehadiran kontinjen berkenaan ternyata mendapat perhatian apabila sorakan gemuruh kedengaran daripada orang ramai ketika barisan anggota bomba melintasi pentas kenamaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut menjadi perhatian ialah kelibat ‘akak bomba’ yang tampil di atas salah satu aset kenderaan JBPM, sekali gus menambahkan lagi kemeriahan suasana perbarisan.

Para pengunjung juga tidak terlepas peluang merakam aksi-aksi abang bomba yang berada di atas aset kenderaan pasukan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini