AADK, PDRM giat kesan dua penghuni PUSPEN Dengkil melarikan diri

AADK, PDRM giat kesan dua penghuni PUSPEN Dengkil melarikan diri

RUSLIN JUSOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Dua penghuni Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Dengkil yang melarikan diri dan mencuri sebuah kenderaan dari sebuah kampung berhampiran sedang giat dikesan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Ketua Pengarah AADK, Datuk Ruslin Jusoh berkata,  kenderaan yang dicuri kedua-dua suspek itu berjaya ditemukan pihak AADK di Beranang sebelum diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, usaha mengesan dan menangkap kedua-dua suspek sedang giat dijalankan secara menyeluruh oleh AADK dengan kerjasama PDRM.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada masa sama, siasatan dalaman secara menyeluruh dijalankan serta-merta bagi mengenal pasti punca kejadian, termasuk meneliti sebarang unsur kecuaian atau ketidakpatuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP).

“AADK akan mengambil tindakan tegas sekiranya wujud kecuaian dalam kalangan kakitangan yang terlibat,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung keberadaan kedua-dua suspek diminta segera menghubungi pejabat AADK terdekat atau melaporkan maklumat melalui talian hotline TeleHello AADK di 1-800-22-2235 atau menerusi aplikasi WhatsApp di talian 019-626 2233. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini