10,000 saksikan perarakan Hari Kebangsaan di Terengganu

10,000 saksikan perarakan Hari Kebangsaan di Terengganu

PEMILIK motosikal klasik mengambil bahagian dalam perarakan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 peringkat Terengganu di Dataran Syahbandar Kuala Terengganu, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kira-kira 10,000 pengunjung membanjiri sepanjang laluan perarakan bagi menyaksikan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Terengganu 2026 di Dataran Shahbandar, di sini, hari ini.

Seawal pagi, orang ramai mula beratur di sepanjang laluan perarakan bagi menyaksikan acara yang disertai kira-kira 3,500 peserta daripada 119 kontinjen.

Kontinjen yang mengambil bahagian terdiri daripada jabatan persekutuan dan negeri, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), syarikat swasta, sekolah menengah serta badan berkanun dari seluruh negeri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut mencuri perhatian ialah penyertaan 20 motosikal klasik daripada Kelab Honda Klasik Kuala Terengganu yang diketuai Muhammad Syafiq Suresh. Deruman motosikal klasik berkenaan menjadi antara tarikan pengunjung yang hadir memeriahkan sambutan bertemakan ‘Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati’.

Acara perarakan sejauh 2.7 kilometer (km) itu bermula dari Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah sebelum berakhir di Dataran Shahbandar.

Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mengetuai Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Terengganu 2026.

Turut berangkat, Tengku Sri Setia Mahkota Raja, Tengku Muhammad Mua’az Sultan Mizan Zainal Abidin dan Tengku Puteri Daulath Raja, Tengku Fatimatuz Zahra Sultan Mizan Zainal Abidin. Hadir sama  Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini