Zakat MAINPP, Timbalan Ketua Menteri ziarah keluarga Allahyarham Shahir

Zakat MAINPP, Timbalan Ketua Menteri ziarah keluarga Allahyarham Shahir

MOHAMAD ABDUL HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Zakat MAINPP) dan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid dijadual menziarahi keluarga Allahyarham Shahir Zainul, 46, petang ini.

Kunjungan itu bagi menilai bentuk bantuan yang boleh disalurkan oleh Zakat MAINPP bagi meringankan beban keluarga berkenaan.

“Saya akan semak terlebih dahulu dan buat kunjungan. Saya akan kemas kini kemudian,” kata Mohamad yang juga Pengerusi Zakat MAINPP kepada Utusan Malaysia hari ini.

Shahir dilaporkan hilang selepas keluar rumah kira-kira pukul 5 pagi, 10 Jun lalu kerana mahu mencari durian di sebuah dusun di Relau, sebelum satu laporan polis dibuat mengenai kehilangannya pada 12 Jun oleh keluarga.

Kelmarin, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan di kawasan berhampiran sebuah kebun durian, namun ditamatkan kira-kira pukul 12 tengah hari kerana tiada sebarang petunjuk ditemukan.

Hospital Pulau Pinang (HPP) mengeluarkan hebahan pada 21 Jun lalu berhubung mayat seorang lelaki dewasa yang tidak dituntut bagi mengesan waris.

Pengecaman yang dilakukan oleh ahli keluarga mengesahkan mayat tersebut ialah Shahir, sekali gus merungkai kehilangan lelaki itu lebih sebulan lalu.  – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN