WMSkincare buktikan produk berkualiti, mesra pengguna - Utusan Malaysia

WMSkincare buktikan produk berkualiti, mesra pengguna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tidak mudah untuk membina kepercayaan dalam industri kecantikan yang semakin kompetitif, lebih-lebih lagi apabila hadir sebagai jenama tempatan yang masih baharu dan perlu bersaing dengan nama-nama besar yang sudah lama menguasai pasaran.

Itu antara realiti yang dilalui jenama WMSKINCARE pada peringkat awal penubuhannya apabila berdepan pelbagai persepsi dan keraguan terutama wujud pihak yang cuba mengambil kesempatan menyebarkan perkara tidak benar terhadap sesebuah jenama.

Cabaran terbesar adalah membina kepercayaan pelanggan pada peringkat awal. Dalam industri kecantikan yang sangat kompetitif, ramai pengguna berhati-hati sebelum mencuba jenama baharu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pada masa sama, jenama itu perlu membuktikan bahawa produk keluarannya bukan sekadar mempunyai pemasaran yang baik, tetapi juga berkualiti, selamat dan memberikan pengalaman yang memuaskan kepada pengguna.

Menurut Pegawai Pemasaran WMSKINCARE, Jen, pembangunan produk sentiasa menitikberatkan inovasi, teknologi formulasi terkini dan pengalaman pengguna bagi membantu pengguna mendapatkan kulit yang lebih sihat, terhidrat dan berseri tanpa perlu melalui rutin yang terlalu kompleks.

Selain memberi penekanan kepada inovasi formulasi, WMSKINCARE turut menggunakan gabungan bahan-bahan semula jadi dan teknologi penjagaan kulit dari Korea bagi menghasilkan produk yang berkualiti, selamat serta sesuai untuk pelbagai jenis kulit.

Mengulas mengenai identiti utama WMSKINCARE, beliau berkata jenama itu memberi fokus kepada konsep penjagaan kulit yang mudah, praktikal dan berkesan untuk gaya hidup moden.

“Maklum balas pelanggan turut dijadikan asas dalam pembangunan produk-produk baharu bagi memastikan keperluan pengguna sentiasa diberi perhatian.

“Kita mempunyai maklum balas daripada barisan selebriti dan pempengaruh antaranya Datin Paduka Umie Aida, Betty Rahmat, Fizo Omar dan isteri, Nurin Lofa, Sabyrose serta ramai lagi.

“Produk WMSKINCARE sudah boleh didapati menerusi platform rasmi jenama termasuk laman web dan TikTok Shop selain mula diperluaskan ke rangkaian Guardian terpilih sebagai sebahagian usaha memperkukuhkan kehadiran jenama di pasaran tempatan,” kongsinya.

Menurut Jen, perjalanan membangunkan WMSKINCARE bermula daripada pemerhatian terhadap ramai individu khususnya wanita dan golongan bekerja yang berdepan masalah kulit kusam, kering dan kurang keyakinan diri akibat rutin harian yang sibuk.

Daripada situ tercetus idea untuk menghasilkan produk penjagaan kulit yang lebih mudah, praktikal dan tidak membebankan pengguna.

“Penjagaan kulit tidak sepatutnya menjadi sesuatu yang rumit atau mahal dan setiap individu berhak mendapatkan produk yang berkualiti pada harga yang berpatutan,” ujarnya.

Dalam masa sama WMSKINCARE juga terbuka menerima sebarang cadangan penambahbaikkan daripada pelanggan yang sudah menggunakan produk keluaran mereka.

“Bagi kami, perkara paling penting adalah memastikan kami sentiasa berpegang kepada fakta, integriti dan kualiti produk,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini