Wan Ahmad Faris: Keluarga mahu saman sekolah, YIK, Kerajaan Kelantan

Wan Ahmad Faris: Keluarga mahu saman sekolah, YIK, Kerajaan Kelantan

KELUARGA Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman yang ditemukan mati tergantung di sebuah sekolah maahad tahfiz di Kok Lanas pada Disember 2013 akan meneruskan perjuangan menuntut keadilan menerusi saluran undang-undang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Keluarga kepada Allahyarham Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman yang ditemukan mati tergantung di sebuah sekolah maahad tahfiz di Kok Lanas pada Disember 2013 akan meneruskan perjuangan menuntut keadilan menerusi saluran undang-undang.

Ibunya, Ruhani Hussain berkata, perjuangan itu melibatkan sama yang akan difailkan kepada pihak berkaitan termasuk pihak sekolah, Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan Kerajaan Kelantan.

Katanya, walaupun kematian Wan Ahmad Faris diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) ia tidak akan terhenti.

“Keluarga menganggap keputusan terbaharu itu sebagai permulaan untuk mendapatkan jawapan berhubung kematian Allahyarham.

“Kami (keluarga) masih percaya wujud unsur kecuaian yang perlu dipertanggungjawabkan melalui proses undang-undang. Sebelum ini, tindakan undang-undang telah difailkan terhadap Kerajaan Malaysia dan pasukan penyiasatan, dengan perbicaraan dijadualkan pada April tahun hadapan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ruhani memberitahu, dia dan suami menyedari proses perundangan yang sedang ditempuhi bukan mudah kerana berdepan cabaran kewangan, kekangan masa serta pelbagai halangan lain.

Katanya, keluarga tetap memilih untuk meneruskan perjuangan demi Allahyarham Wan Ahmad Faris.

“Selagi masih ada ruang di sisi undang-undang untuk menuntut keadilan, selagi itulah kami tidak akan berhenti. Biarlah mahkamah menjadi tempat kebenaran diuji. Kita nantikan.

“Kami bukan mencari sensasi atau permusuhan, tetapi mengharapkan kebenaran dapat ditegakkan, akauntabiliti dapat dipertanggungjawabkan dan semoga tiada lagi keluarga lain yang terpaksa menanggung penderitaan yang sama,” ujarnya.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, keluarga Allahyarham Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman yang ditemukan mati dalam keadaan tergantung pada 2013, menghormati keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) mengklasifikasikan kes tersebut sebagai NFA.

Ruhani berkata, ia dibuat selepas siasatan tidak menemukan bukti yang membolehkan mana-mana individu didakwa berhubung kematian Allahyarham.

Pada 20 Ogos tahun lalu melaporkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka semula kertas siasatan berhubung kes Allahyarham Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman yang dipercayai dibunuh di sebuah sekolah tahfiz di Kok Lanas pada Disember 2013.-UTUSAN

-habis-

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN