Utusan Malaysia rangkul emas anugerah foto terbaik HKM MPI-Petronas 2026

Utusan Malaysia rangkul emas anugerah foto terbaik HKM MPI-Petronas 2026

MUHAMMAD Fariz Rusadio meraih pemenang emas bagi kategori Foto Kewartawanan Terbaik dan membawa pulang wang tunai RM 10 000 serta sijil dan trofi diikuti oleh pemenang perak kategori yang sama juga Jurufoto Utusan Malaysia, Muhammad Syakir Radin Ab Halim pada Malam Wartawan Malaysia 2026 & Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2025 di Hotel Majestic di sini hari ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jurugambar Utusan Malaysia, Muhammad Fariz Rusadio berjaya merangkul kemenangan emas bagi kategori Anugerah Foto Terbaik sempena majlis berprestij kewartawanan, Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2026 (HKM2026), malam tadi.

Fariz Rusadio, meraih kemenangan itu menerusi foto pelumba pasukan Aprilia Racing, Jorge Martin yang tercampak semasa sesi ujian pramusim 2025 di Litar Antarabangsa Sepang.

Beliau turut membawa pulang trofi, sijil penghargaan serta wang tunai sehingga RM10,000 pada Malam Wartawan Malaysia (MWM) 2026 yang berlangsung di The Majestic Hotel Kuala Lumpur di sini, semalam.

Sementara itu, Muhammad Syakir Radin Ab Halim, jurugambar akhbar itu turut meraih kemenangan perak bagi kategori sama selepas terdominasi tiga terbaik dalam anugerah berprestij tersebut.

Kemenangan Fariz membuktikan keupayaannya dalam menghasilkan karya foto dengan nilai berita, sekali gus mampu menyampaikan mesej dan emosi kepada pembaca melalui kekuatan visual.

HKM2026 yang dianjurkan oleh Institut Akhbar Malaysia (MPI) itu sekali gus menghimpunkan pengamal media terbaik negara bagi mengiktiraf kecemerlangan dalam pelbagai bidang kewartawanan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN