UMNO akan 'langgar' kuasa Pas di negeri utara - Muhyiddin

UMNO akan ‘langgar’ kuasa Pas di negeri utara – Muhyiddin

MUHYIDDIN Yassin ketika berucap pada Ceramah Umum DUN Jeram Padang di Palong 2, Jempol, malam tadi. -UTUSAN / NOR SHAFIQAH MOHD GHAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa UMNO akan kembali mencabar penguasaan Pas di negeri-negeri utara apabila tiba masanya.

Ia meskipun Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) kini dilihat bekerjasama sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa, kemesraan yang ditunjukkan Pas terhadap UMNO ketika ini adalah bagi mengelakkan pertembungan antara kedua-dua parti.

Menurutnya, Pas menjadikan Negeri Sembilan sebagai medan untuk menghantar isyarat kepada UMNO supaya tidak bertanding sesama sendiri pada pilihan raya akan datang.

“Supaya UMNO ambil iktibar daripada pilihan raya ini, dia tak lawan dengan Pas di negeri-negeri Pas di utara.

“Tapi ingatlah, saya percaya UMNO akan melanggar juga dia (Pas),” katanya ketika berucap pada Ceramah Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang di sini, malam tadi.

Beliau berkata, kerjasama itu tidak bermaksud UMNO akan terus mengelakkan pertembungan dengan Pas, khususnya di negeri-negeri yang kini ditadbir parti berkenaan.

“Jadi yang sementara ini di Negeri Sembilan dia peluk-peluk, cium mulut. Esok dia akan hadapi masalah kerana sebenarnya keadaan itu tidak akan berulang di negeri-negeri di utara,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat Negeri Sembilan supaya tidak mudah terpengaruh dengan kerjasama antara BN dan PN yang disifatkannya sebagai percaturan politik semata-mata menjelang pilihan raya.

“(Berbanding) Bersatu, kita tak pernah bohong kerana kita parti yang ikhlas berpegang pada prinsip yang salah tetap salah dan yang melanggar undang-undang tetap melanggar undang-undang.

“Prinsip itulah yang parti kita pertahankan selama ini, tak sama seperti parti-parti lain yang tidak berpegang pada apa-apa prinsip,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN