TPAD gesa subsidi peribadi pemandu, operasi e-hailing diasingkan

TPAD gesa subsidi peribadi pemandu, operasi e-hailing diasingkan

ANTARA peserta yang hadir penyerahan memorandum kepada wakil Kementerian Kewangan (MOF) di sini, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Persatuan Transformasi Pengangkutan Awam Darat (TPAD) menggesa kerajaan mengasingkan subsidi bahan api di bawah program BUDI95 bagi penggunaan kehidupan peribadi dan operasi e-hailing.

Presidennya, M. Nathan berkata, langkah itu penting bagi memastikan hak subsidi yang dinikmati setiap rakyat Malaysia tidak digunakan untuk menampung kos operasi platform e-hailing.

Menurutnya, kuota subsidi operasi sebanyak 800 liter yang diumumkan kerajaan ketika ini masih merangkumi 200 liter subsidi penggunaan peribadi sehingga menyebabkan pemandu e-hailing terpaksa menggunakan hak subsidi individu bagi tujuan pekerjaan.

“Sepatutnya 200 liter itu diasingkan kerana ia adalah hak setiap rakyat Malaysia dan bukannya hak platform e-hailing.

“Subsidi operasi pula perlu diberikan melalui mekanisme berasingan supaya pemandu tidak perlu menggunakan kuota subsidi peribadi untuk bekerja,” katanya selepas menyerahkan memorandum kepada wakil Kementerian Kewangan (MOF) di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, isu utama bukan sama ada kuota 800 liter itu mencukupi atau tidak, sebaliknya pengasingan subsidi perlu dilaksanakan segera bagi memastikan hak penggunaan peribadi tidak terjejas.

“Subsidi operasi perlu diberikan melalui mekanisme berasingan supaya pemandu tidak perlu menggunakan kuota subsidi peribadi untuk bekerja.

“Ini bukan soal jumlah yang diterima, tetapi soal memastikan subsidi penggunaan peribadi kekal menjadi hak rakyat, manakala subsidi operasi disalurkan khusus untuk tujuan e-hailing,” katanya.

Menurut beliau, TPAD turut mencadangkan kerajaan memperkenalkan mekanisme khas seperti penggunaan Fleet Card bagi merekod penggunaan bahan api untuk operasi e-hailing secara lebih telus dan bersasar.

Katanya, langkah itu membolehkan subsidi operasi disalurkan kepada pemandu yang benar-benar layak tanpa menjejaskan subsidi penggunaan peribadi yang dinikmati rakyat.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan mempertimbangkan cadangan tersebut dalam semakan mekanisme BUDI95 bagi memastikan sistem subsidi yang lebih adil, telus dan mampan kepada pemandu e-hailing.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN