Tiga beranak ditemukan maut dalam rumah

Tiga beranak ditemukan maut dalam rumah

TIGA beranak ditemukan maut di sebuah rumah di Bandar Baru Tambun, Ipoh semalam.-IHSAN PEMBACA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang wanita dan dua anak perempuannya maut selepas ditemukan tidak sedarkan diri di sebuah rumah di Bandar Baru Tambun, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 9.10 malam sebelum sepasukan pegawai dan anggota polis diatur gerak ke lokasi kejadian untuk siasatan.

Katanya, sebaik sahaja tiba di lokasi, didapati mangsa berusia 46 tahun dan dua anak masing-masing berusia 11 dan 12 tahun telah meninggal dunia di dalam bilik di rumah berkenaan.

“Pemeriksaan di bilik berkenaan menemui satu bekas dipercayai mengandungi sisa arang yang telah dibakar.

“Pemeriksaan pada mayat ketiga-tiga mangsa oleh pasukan forensik tidak menemui sebarang kecederaan mahupun unsur jenayah pada tubuh mereka,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat tiga beranak itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengetahui motif kejadian itu dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih mengenai kejadian itu sehingga siasatan kes selesai,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN