[TIDAK RASMI] BN mendahului di DUN Serom

[TIDAK RASMI] BN mendahului di DUN Serom

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK: Calon Barisan Nasional (BN), Nadhirah Afiqah Abdull Rahim mendahului kiraan undi tidak rasmi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Serom dengan memperoleh 1,370 undi berbanding calon Pakatan Harapan (PH), Ahmad Nazari Abd Hamid (1,187 undi) dan Perikatan Nasional (PN), Mahfidz Omar (198 undi) setakat pukul 7.21 malam tadi.

Kedudukan semasa itu menyaksikan BN memperoleh 49.73 peratus undi, diikuti PH dengan 43.09 peratus manakala PN meraih 7.19 peratus daripada keseluruhan 2,755 undi yang telah dikira.

DUN Serom menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Nadhirah Afiqah Abdull Rahim (BN), Ahmad Nazari Abd Hamid (PH) dan Mahfidz Omar (PN).

Seramai 40,172 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat bagi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN