JEMPOL: Tindakan menarik sokongan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan bukan perbuatan derhaka.
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Palong, Datuk Mustapha Nagoor berkata, tindakan menarik sokongan terhadap pemimpin politik tidak boleh disamakan dengan penderhakaan kepada raja.
“Menarik sokongan daripada Menteri Besar tak boleh istilah derhaka. Derhaka ini adalah kita menentang raja, menentang Undang Yang Empat.
“Menarik sokongan daripada Menteri Besar tidak ada derhaka. Kalau ada yang kata derhaka, itu tidak betul. Menarik sokongan daripada pemimpin politik itu perkara biasa.
“Contohnya DAP Melaka menarik sokongan daripada kerajaan negeri Melaka. Adakah mereka derhaka? Tidak,” katanya selepas menyantuni penduduk sekitar Pasar Tani Keluarga Malaysia, Palong di sini hari ini. – UTUSAN










