SPR mula kira undi awal mulai 5 petang

SPR mula kira undi awal mulai 5 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Proses kiraan pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 hanya akan bermula pada 5 petang ini.

Perkara itu dimaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi hantaran di Facebook, sebentar tadi.

SPR berkata, orang ramai perlu merujuk pengumuman rasmi pihaknya bagi mendapatkan maklumat sahih.

“Orang ramai dinasihatkan agar merujuk kepada pengumuman rasmi SPR bagi mendapatkan maklumat yang sahih berkenaan keputusan pilihan raya.

“Elakkan daripada menyebar atau mempercayai sebarang maklumat palsu kerana ia menjejaskan kelancaran proses pilihan raya,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 63.13 peratus atau 1,693,625 pengundi sudah menunaikan tanggungjawab masing-masing.

SPR berkata, Dewan Undangan Negeri (DUN) Semarang merekodkan peratus keluar mengundi tertinggi sebanyak 72.6 peratus, diikuti DUN Sri Medan (71.6 peratus) dan DUN Sedili (70.5 peratus).

Bagaimanapun, DUN Penggaram merekodkan peratusan keluar mengundi terendah iaitu 56.5 peratus, diikuti DUN Bentayan serta DUN Perling pada kadar masing-masing 56.1 peratus.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN