Sentiasa sokong dari belakang, Azeva miliki ciri isteri idaman - Aniq Suhair - Utusan Malaysia

Sentiasa sokong dari belakang, Azeva miliki ciri isteri idaman – Aniq Suhair

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Aniq Suhair mengakui rakan baiknya yang juga penyanyi dan pengacara, Azeva Natassha, memiliki ciri-ciri wanita yang menjadi idamannya.

Mengulas mengenai itu, Aniq atau Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh, 26, berkata Azeva yang dikenalinya sebelum menjadi artis merupakan wanita yang gemar menunjukkan kasih sayang dengan perbuatan.

“Dia memang ada ciri-ciri wanita yang saya suka. Dia sangat wifey material. Antara perkara yang membuatkan saya selesa adalah love language dia yang sangat mementingkan act of service selain memberikan aura positif ketika bersamanya.

“Kami sudah kenal lama sejak penggambaran telefilem pertama bersama di Perlis dahulu,” katanya ketika ditemui semasa sesi bersama media drama Ate Kome I Love You, di sini, baru-baru ini.

Melihat perubahan anak penerbit, Datuk A. Aida yang kini merupakan pengacara untuk Big Stage X Rocketfuel, Aniq berbangga dengan perubahan rakannya itu yang sebelum ini disifatkan sebagai seorang pendiam.

“Saya sangat bangga dengan perkembangan dia. Alhamdulillah, itu rezeki dia dan apa yang ayahnya serta ibunya impikan. Saya sentiasa menyokong dari belakang.

“Dulu dia seorang yang sangat introvert dan lebih banyak menghabiskan masa di dalam bilik. Tetapi sekarang, dia sudah mampu menjadi hos.

“Saya sendiri pun belum tentu boleh buat (mengacara) kerana saya juga seorang yang introvert,” katanya.

Ditanya mengenai usikan netizen yang masih menjodohkan mereka di media sosial, Aniq menganggap ia sebagai satu petanda positif terhadap lakonan mereka.

“Kalau orang ‘ship’ (jodohkan), bermakna lakonan kami menjadilah. Keserasian itu sampai kepada penonton.

“Jadi, kalau ada rezeki untuk bekerjasama lagi pada masa hadapan, kami tidak akan rasa kekok,” ujarnya.

Dalam pada itu, Aniq turut berkongsi pandangannya mengenai fenomena ‘cinta lokasi’ yang sering dikaitkan dengan dunia lakonan.

Menurutnya, situasi tersebut sememangnya boleh berlaku ketika proses penggambaran, namun setiap pelakon perlu bersikap profesional dan mengetahui batasannya.

“Cinta lokasi itu wujud. Kadang-kadang ia sengaja diwujudkan untuk menampakkan keserasian di skrin lebih realistik.

“Namun bagi saya, apabila habis sahaja penggambaran, kita perlu profesional.

“Perasaan itu mungkin muncul secara tiba-tiba ketika bekerja, tetapi kita perlu letakkan sempadan (boundaries). Bukan untuk saya sahaja, tetapi secara umum dalam kerjaya ini,” katanya.

Sebelum ini, Aniq dan Azeva pernah disatukan menerusi telefilem Bos Nak Cuti arahan Zul Huzaimy.

Dalam drama tersebut, Aniq memegang watak sebagai Adrian manakala Azeva watak Melati iaitu pembantu peribadi Adrian. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN