Saya suka berlakon, tapi itulah - Atikah Suhaime - Utusan Malaysia

Saya suka berlakon, tapi itulah – Atikah Suhaime

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Berlakon sahaja, janji boleh bayar sewa and bil.”

Demikian respon pelakon, Atikah Suhaime terhadap seorang netizen yang mempersoalkan pakaian pelakon dalam sesebuah drama.

Menurut Atikah, ada kalanya perkara itu tidak boleh disuarakan pelakon meskipun baju yang dipakai pelakon itu tidak kena dengan watak mereka.

“Kadang kala sebagai pelakon, kita tak boleh lawan (apa yang ditentukan produksi). Walaupun tidak masuk akal,” katanya menerusi Thread.

Terdahulu, pelakon itu membalas seorang netizen yang mempersoalkan tindakan pelakon Jazmy Juma yang sering kali muncul berpakaian seragam juru terbang dalam drama Yes! Captain Zul Aaryan.

Menurut Atikah lagi, perkara itu antara yang tidak digemarinya sewaktu aktif berlakon dulu.

“Saya suka berlakon, tapi itu lah, benda-benda macam ini mengganggu. Lepas itu kita juga yang malu,” kongsinya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN