Saya diam sebab saya mahu jaga hubungan, jangan bersikap seperti awak adalah mangsa - Noreen Iman - Utusan Malaysia

Saya diam sebab saya mahu jaga hubungan, jangan bersikap seperti awak adalah mangsa – Noreen Iman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pempengaruh,Norreen Iman, menegaskan dia memilih untuk berdiam diri daripada memberi sebarang maklum balas terhadap hantaran bekas suaminya, Mohd. Raizi Abdul Razak di media sosial bagi menjaga hubungan baik kedua-dua pihak.

Norreen atau Norreen Iman Abdullah, 32, berkata, tindakan bekas suaminya yang dilihat cuba meraih simpati orang ramai di media sosial hanyalah usaha untuk menunjuk seolah-olah dirinya menjadi mangsa keadaan.

“Saya berdiam sebab saya mahu jaga hubungan untuk masa hadapan. Awak sengaja cuba bagi orang puji awak, tapi awak tahu apa yang awak buat sepanjang hidupan kita bergelar suami isteri?

“Saya bukannya ahli agama, tidak pernah sekali pun sempurna. Tapi kita hidup buat apa mahu orang selalu simpati pada kita. Kehidupan kita, pandai-pandailah sendiri hadap. Dah berapa kali awak cuba buat orang nampak awak itu mangsa.

“Satu sahaja, ‘dunia kejam pada lelaki miskin’, ‘hidup tidak ada kena mengena’, apa benda semua itu? Patut ke saya buka cerita pasal awak? Tak payahlah, tapi jangan cuba cabar saya,” katanya.

Sebelum ini, bekas suaminya pernah menafikan hantaran yang dimuat naiknya di media sosial baru-baru ini ditujukan kepada mana-mana individu tertentu.

Hantaran berkenaan memaparkan Raizi bekerja sebagai tukang servis penghawa dingin dengan latar suara berbunyi, ‘Lelaki jangan miskin. Dunia jahat dengan lelaki miskim’ sehingga mencetuskan perhatian warganet.

Susulan itu, timbul spekulasi mengaitkan hantaran tersebut dengan isterinya, namun Raizi tampil menjelaskan ia tidak ditujukan kepada sesiapa, termasuk Noreen.

Untuk rekod, Noreen sah bercerai talak satu dengan suaminya di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Berita perpisahan pasangan berkenaan dikongsi menerusi hantaran dimuat naik di Instagram (IG) dengan dimaklumkan kedua-dua pihak mengambil pendekatan tidak memberi sebarang kenyataan selepas prosiding.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN