RM3.80 bilion lesap akibat scam dalam talian 

RM3.80 bilion lesap akibat scam dalam talian 

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 95,638 kes penipuan dalam talian direkodkan di seluruh negara sejak 2025 hingga Mei lalu, membabitkan kerugian berjumlah RM3.80 bilion.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 66,204 kes direkodkan sepanjang tahun lalu dengan nilai kerugian mencecah RM2.97 bilion.

Beliau berkata, bagi tempoh Januari hingga Mei lalu pula, sebanyak 29,434 kes dilaporkan dengan jumlah kerugian berjumlah RM827.73 juta.

“Kerugian besar ini merangkumi pelbagai modus operandi digital, termasuk penipuan telefon (phone scam), love scam, jenayah e-dagang dan e-kewangan, serta sindiket pinjaman dan pelaburan tidak wujud,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Yeo Bee Yin (PH-Puchong) yang meminta kerajaan menyatakan statistik terkini kes penipuan dalam talian bagi 2025 dan 2026, termasuk nilai kerugian serta kadar pemulihan wang yang berjaya dipulangkan kepada mangsa.

Dalam pada itu, Saifuddin Nasution berkata, dari segi pemulihan dana mangsa, sebanyak RM6.65 juta atau 38 peratus daripada RM17.49 juta wang yang disita sepanjang 2025 berjaya dipulangkan.

Bagi tempoh Januari hingga Mei lalu, katanya, sebanyak RM3.57 juta atau 49 peratus daripada RM7.25 juta dana yang disita berjaya dikembalikan kepada mangsa.

“Peningkatan peratus pemulangan dana ini membuktikan fungsi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) sebagai pusat respons scam nasional semakin efektif dan semakin dipercayai rakyat,” katanya.-UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN