Reman mekanik disambung tujuh hari, bantu siasat kes rogol remaja

Reman mekanik disambung tujuh hari, bantu siasat kes rogol remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Tempoh tahanan reman terhadap seorang mekanik bagi membanti kes rogol dan samun seorang remaja perempuan di Palekbang, dekat sini pada 17 Jun lalu disambung tujuh hari lagi.

Perintah tahanan reman sehingga hingga 21 Julai itu dikeluarkan Majistret Wan Ashrul Afham Mohamad Azmi di Mahkamah Majistret Tumpat.

Perintah reman itu bagi membolehkan polis melakukan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun hingga menyebabkan kecederaan.

Suspek berusia 24 tahun sebelum ini ditahan reman seminggu yang berakhir hari ini.

Sebelum ini media melaporkan, kegembiraan seorang remaja yang berjoging bersama adik lelakinya bertukar tragedi apabila mangsa dirogol sebelum dipukul dan dirompak seorang lelaki di kawasan semak berhampiran tali air di Kampung Mesira.

Remaja berusia 15 tahun itu cedera pada bahagian muka, kepala dan badan ditemukan oleh orang awam di kawasan tersebut kira-kira pukul 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd. Khairi Shafie berkata, siasatan awal mendapati, bapa mangsa yang berusia dalam lingkungan 50-an mencari remaja itu pada pukul 10 pagi apabila anaknya tidak pulang ke rumah selepas keluar beriadah kira-kira pukul 7 pagi.

Katanya, mangsa ditemukan dalam keadaan separuh sedar selain mengalami kecederaan parah pada bahagian muka, kepala dan badan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN