Remaja maut, kereta terbabas rempuh penghadang jalan - Utusan Malaysia

Remaja maut, kereta terbabas rempuh penghadang jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang remaja perempuan maut manakala tiga lagi cedera selepas kereta yang mereka naiki terbabas sebelum merempuh penghadang jalan dekat Tanah Tinggi Lojing di sini hari ini.

Mangsa, Nur Nabila Fatihah Zainal, 19, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi remaja perempuan dan dua lelaki mengalami kecederaan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Che Razak Harun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada polis kira-kira pukul 3.40 petang sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi yang terletak 87 kilometer dari balai bomba.

“Anggota bomba tiba di lokasi kemalangan kira-kira pukul 5.01 petang sebelum mendapati sebuah kereta jenis Perodua Kelisa terbabas yang sedang dalam perjalanan dari Cameron Highlands, Pahang ke Gua Musang melanggar penghadang jalan.

“Nur Danisha Dania yang berada di tempat duduk penumpang depan disahkan meninggal dunia manakala tiga lagi mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital dengan ambulans,” katanya.

Che Razak memberitahu, anggota bomba mengeluarkan mangsa yang meninggal dunia daripada kereta tersebut pada pukul 5.05 petang sebelum mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang,Superintendan Sik Choon Foo ketika dihubungi mengesahkan kemalangan itu dan siasatan lanjut mengenai punca kejadian masih dijalankan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN