Remaja Malaysia ditahan bersama tiga kilogram ganja di Hong Kong

Remaja Malaysia ditahan bersama tiga kilogram ganja di Hong Kong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang remaja lelaki warga Malaysia ditahan di Hong Kong  bersama tiga kilogram bunga ganja dianggar bernilai kira-kira HK$500,000 (RM260,000), minggu lalu.

 

Jabatan Kastam dan Eksais Hong Kong (Kastam Hong Kong) dalam satu kenyataan berkata, remaja berusia 19 tahun itu tiba dengan penerbangan dari Kuala Lumpur menerusi Singapura pada 9 Julai lalu.

 

Menurutnya, dadah berkenaan ditemukan dalam bagasi berdaftar suspek ketika pemeriksaan kastam dijalankan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong.

 

“Pegawai kastam menemukan bahan disyaki bunga ganja seberat kira-kira tiga kilogram  dalam bagasi berdaftarnya. Lelaki itu kemudian ditahan dan siasatan masih dijalankan,” katanya dalam kenyataan.

 

Dalam pada itu, Kastam Hong Kong berkata, penguatkuasaan terhadap kegiatan pengedaran dadah akan terus dipertingkat menerusi analisis risikan.

 

Orang ramai turut diingatkan sentiasa berwaspada dan tidak terbabit kegiatan pengedaran dadah bagi memperoleh ganjaran wang.

 

“Mereka tidak seharusnya menerima tawaran kerja atau arahan daripada pihak lain untuk membawa barangan terkawal masuk atau keluar dari Hong Kong.

 

“Orang ramai juga diingatkan tidak membawa barangan tidak diketahui kandungannya bagi pihak individu lain,” katanya.

 

Menurut kenyataan itu, Kastam Hong Kong akan terus menggunakan pendekatan penilaian risiko dengan memberi tumpuan kepada pemeriksaan penumpang dari kawasan berisiko tinggi bagi membanteras kegiatan pengedaran dadah rentas sempadan.

 

Mengikut Ordinan Dadah Berbahaya Hong Kong, pengedaran dadah berbahaya adalah kesalahan serius yang boleh dihukum denda maksimum HK$5 juta (RM2.6 juta) dan penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.- UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN