Rakyat diseru sertai solat hajat khas doakan kesihatan Sultan Terengganu

Rakyat diseru sertai solat hajat khas doakan kesihatan Sultan Terengganu

SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengarahkan semua masjid dan surau di seluruh negeri ini mengadakan solat hajat khas, Jumaat  ini bagi mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Menurut laporan yang disiarkan menerusi portal rasmi Kerajaan Negeri Terengganu, solat hajat  itu diadakan sejurus selepas Solat Jumaat di semua masjid di negeri ini.

Bagi surau pula, pelaksanaannya ditetapkan selepas solat Isyak pada 24 Julai ini.

Solat hajat berkenaan diadakan bagi memohon ke hadrat Allah SWT agar Sultan Mizan dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan yang berpanjangan serta dipermudah segala urusan.

Sehubungan itu, JHEAT meminta kerjasama semua jawatankuasa pengurusan masjid dan surau supaya melaksanakan arahan berkenaan mengikut ketetapan ditetapkan.

Orang ramai turut diseru hadir bersama-sama bagi menyertai solat hajat itu sebagai tanda kasih, taat setia dan doa berterusan kepada Sultan Terengganu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN