PRN Negeri Sembilan: Polis lulus 107 permit ceramah, kempen

PRN Negeri Sembilan: Polis lulus 107 permit ceramah, kempen

ALZAFNY AHMAD
ALZAFNY AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Polis Negeri Sembilan telah meluluskan sebanyak 107 permohonan permit bagi penganjuran ceramah dan aktiviti kempen politik sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan setakat semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, bagi 19 Julai sahaja, sebanyak 90 permohonan permit diterima dengan 88 daripadanya diluluskan selepas memenuhi syarat yang ditetapkan.

Menurutnya, secara keseluruhan bagi tempoh 18 hingga 19 Julai, sebanyak 109 permohonan permit diterima dan 107 telah mendapat kelulusan.

“Semua program dan aktiviti politik yang diadakan dipantau oleh PDRM bagi memastikan penganjurannya mematuhi undang-undang serta tidak menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam.

“Secara keseluruhannya, situasi keselamatan dan ketenteraman awam sepanjang proses PRN Negeri Sembilan Ke-16 adalah dalam keadaan baik dan terkawal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Alzafny berkata, polis menerima dua laporan polis pada 19 Julai dan membuka dua kertas siasatan berkaitan kesalahan pilihan raya.

Katanya, kedua-dua siasatan dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat sehingga menyebabkan kehilangan atau kerugian harta benda.

“Secara kumulatif bagi tempoh 18 hingga 19 Julai, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Sembilan menerima tiga laporan polis dan membuka dua kertas siasatan berkaitan kesalahan pilihan raya,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN