PRN Negeri Sembilan, Pas muktamad kerusi ditandingi malam ini

PRN Negeri Sembilan, Pas muktamad kerusi ditandingi malam ini

ANNUAR Musa semasa menjawab soalan media selepas majlis memperkenalkan pemain Kelantan City FC yang bersaing di Liga A1 Semi Pro di Bukit Marak, Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas dijangka memuktamadkan agihan kerusi yang akan ditandinginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan menerusi mesyuarat Jawatankuasa Pusat parti itu di Pejabat Agung Pas malam ini.

Timbalan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa berkata, mesyuarat yang bermula pada pukul 8.30 malam itu akan dipengerusikan Presiden dan dihadiri oleh ahli jawatankuasa.

“Saya percaya malam ini akan muktamadkan kerusi-kerusi yang akan kita tanding dan lusa akan dibuat pengumuman.

“Mengenai jumlah kerusi yang akan ditandingi Pas saya tidak boleh umum. Kalau saya umum, orang kata saya jadi Presiden pula. Sabar. Biarlah Setiausaha Agung ataupun Presiden buat pengumuman,” katanya kepada pemberita selepas majlis memperkenalkan pemain Kelantan City FC yang bersaing di Liga A1 Semi Pro di Bukit Marak di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Annuar memberitahu, mesyuarat malam ini hanya melibatkan kepimpinan Pas dan bukannya mesyuarat Perikatan Nasional (PN).

“Jawatankuasa Pusat Pas, panggil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) buat apa? Ini mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS untuk muktamadkan kerusi yang Pas bertanding, bukan mesyuarat PN.

“Kalau mesyuarat PN, kita panggillah Bersatu,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN