SEREMBAN: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bertanding di 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (Negeri Sembilan) yang bermula esok.
Perkara tersebut diumumkan oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Majlis Pelancaran Jentera dan Pengumuman Calon Bersatu di Nilai hari ini.
Antara kerusi ditandingi ialah DUN Labu yang akan akan dipertahankan oleh penyandangnya, iaitu Mohamad Hanifah Abu Baker dan juga DUN Sikamat yang akan disaingi oleh Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.
Ketua Bersekutu Bersatu, R. Sri Sanjeevan pula bertanding di DUN Jeram Padang manakala Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin pula di DUN Seri Menanti. – UTUSAN










