Polis buru kumpulan pelajar belasah remaja

Polis buru kumpulan pelajar belasah remaja

TANGKAP layar pelajar dipukul oleh sekumpulan remaja di ladang kelapa sawit Jalan Sri Delima, Merotai Besar, Tawau. - IHSAN MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Polis sedang mengesan sekumpulan pelajar sekolah yang dipercayai memukul seorang remaja lelaki bersama tiga rakannya dalam kejadian di ladang kelapa sawit Jalan Sri Delima, Merotai Besar, di sini.

Video rakaman kejadian berdurasi satu minit 57 saat itu turut tular di media sosial sejak semalam sebelum mangsa berusia 14 tahun itu tampil membuat laporan polis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintenden Wilynton Enchana Watt berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari ketika mangsa bersama tiga rakannya melalui jalan pintas berhampiran sebuah ladang sawit untuk ke Masjid Merotai Besar bagi menunaikan solat Jumaat.

Beliau berkata, kumpulan berkenaan yang dikenali mangsa pada mulanya bertanyakan mengenai keberadaan dua individu yang merupakan rakan mangsa.

“Seorang daripada mereka kemudian bertindak menyerang dan memukul mangsa sebelum disertai beberapa pelajar lain.

“Dalam kejadian sama, tiga rakan mangsa turut dipukul,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wilynton berkata, mangsa mengalami kesakitan di bahagian muka, kepala, dada dan rusuk sebelum dirujuk ke Hospital Tawau untuk mendapatkan rawatan.

Jelasnya, setakat ini belum ada tangkapan dibuat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh, manakala punca kejadian masih dalam siasatan,”katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN