PM boleh pecat menteri BN jika tidak puas hati dengan prestasi

PM boleh pecat menteri BN jika tidak puas hati dengan prestasi

AHMAD Zahid Hamidi ketika berucap Majlis Pertemuan Bersama Kakitangan Kemas Negeri Sembilan di Kampung Pantai, Seremban hari ini.-UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh memecat mana-mana menteri daripada Barisan Nasional (BN) sekiranya tidak berpuas hati dengan prestasi mereka.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tidak melihat sebarang sebab untuk mana-mana daripada lapan menteri BN untuk meletakkan jawatan secara sukarela.

“Perdana Menteri memberi amaran bahawa mereka yang memburukkan menteri atau timbalan menteri lain (semasa kempen pilihan raya) perlu meletakkan jawatan. Itu arahan beliau.

“Tetapi jawapan saya, tidak perlu mengarahkan orang meletakkan jawatan kerana Perdana Menteri adalah pihak yang melantik menteri dan timbalan menteri. Jika beliau tidak menyukai kami, pecat sahaja kami.

“Tetapi beliau tidak akan sampai hati untuk memecat kami. Kami semua bekerja keras. Kuasa berada di tangan beliau. Ini adalah kempen pilihan raya dan kami langsung tidak mencampuri urusan Putrajaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Timbalan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Negeri Sembilan di Kampung Pantai, di sini hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri dilaporkan berkata, pemimpin politik yang mempunyai jawatan di peringkat Persekutuan diingatkan menjaga etika berkempen dalam PRN Negeri Sembilan dan tidak menggunakan kedudukan untuk menyerang Kerajaan Perpaduan.

Anwar dilaporkan berkata, jika berlaku pelanggaran etika berkempen, mereka yang berjawatan perlu meletakkan jawatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN