PKD hab ekonomi masyarakat desa

PKD hab ekonomi masyarakat desa

PROGRAM Roda Selamat Poket Selamat yang diadakan di Pusat Komuniti Desa Layang-Layang, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Pusat Komuniti Desa (PKD) yang merupakan salah satu inisiatif Kementerian Ke majuan Desa dan Wilayah (KKDW) dalam meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan masyarakat luar bandar turut menjadi hab kegiatan ekonomi.

Melalui konsep perkhidmatan bersepadu di bawah moto ‘Satu Hentian Pelbagai Perkhidmatan’. PKD yang lahir daripada
penstrukturan semula Pusat Transformasi Desa (RTC) dan Mini Rural Transformation Centre (MRTC) pada 11 Oktober 2018,
PKD menggalakkan masyarakat menceburi bidang keusahawanan dan ruang mempromosikan produk mahupun perkhidmatan kepada pelanggan secara meluas.

Seorang peserta, Nor Hidayah Ismail, 62, berkata, beliau telah menikmati pelbagai manfaat hasil penyertaan program yang
dianjurkan di PKD Layang-La yang sejak lebih 10 tahun lalu.

Menurutnya, antara aktiviti yang pernah disertainya adalah kelas menjahit, memasak, fertigasi, kelas agama serta kelas
komputer yang banyak membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuannya.

Malah, beliau kini mampu menggunakan perisian Microsoft Word dan Excel, sekali gus membantu anak-anaknya dalam melaksanakan kerja-kerja urusan perniagaan.

“Saya juga dapat menambah pendapatan selepas mempelajari teknik fertigasi tanaman cili di PKD Layang-Layang. Ilmu yang diperoleh bukan sahaja boleh dipraktikkan sendiri, malah membantu saya menjana pendapatan sampingan.

“Pada saya, usia bukan penghalang untuk belajar bidang baharu.Ia satu kepuasan terutama apabila banyak manfaat dapatdicurahkan pula kepada orang lain termasuk anak anak saya,” jelasnya.

Dia juga menjadi sukarelawan di PKD itu untuk membantu dalam melaksanakan program program komuniti selain dapat mengisi masa lapang dengan mempromosi perniagaannya.

“Saya juga dapat berjumpa dengan rakan-rakan yang lain, berkongsi ilmu serta mengeratkan hubungan dalam komuniti,”
jelasnya.

Beliau dalam masa yang sama berharap, inisiatif PKD diteruskan dan diperluaskan agar lebi ramai penduduk luar bandar berpeluang meningkatkan kemahiran, menimba ilmu serta memanfaatkan pelbagai program yang disediakan.

PKD juga memainkan peranan penting sebagai hab pembangunan masyarakat luar bandar de ngan pelbagai perkhidmatan yang menyokong aspek kemahiran, keusahawanan, pendigitalan dan kesejahteraan komuniti setempat.

PKD turut dilihat sebagai platform masyarakat setempat menerima akses perkhidmatan kerajaan, peluang ekonomi dan
program pembangunan komuniti secara lebih menyeluruh serta berkesan.

Setakat ini terdapat 191 buah PKD di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak.

Antara fokus utama inisiatif PKD ialah menyediakan latihan kemahiran, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pemerkasaan wanita serta pelbagai kemahiran lain bagi meningkatkan pengetahuan tanpa mengira latar belakang bangsa mahupun agama.

Selain itu, PKD turut menjadi platform kepada pelbagai agensi kerajaan, swasta, institusi pengajian tinggi (IPT) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menyampaikan perkhidmatan, produk dan maklumat kepada masyarakat luar bandar dengan lebih berkesan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN