Pihak berkuasa Thai tahan lelaki insiden bom gegar istana

Pihak berkuasa Thai tahan lelaki insiden bom gegar istana

PIHAK berkuasa Thailand menahan seorang lelaki berusia 37 tahun bagi membantu siasatan kes serangan bom kereta yang menggegarkan pintu masuk Istana Thaksin Ratchaniwet di Mukim Kalawuo, Daerah Mueang di sini berhampiran Balai Polis Tan Yong, Narathiwat, Thailand.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT (THAILAND): Pi­hak berkuasa Thailand menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan serangan bom menggunakan kereta yang menggegarkan pintu masuk Istana Thaksin Ratchaniwet di Mukim Kalawuo, Daerah Mueang di sini, berhampiran Balai Polis Tan Yong, kelmarin.

Suspek berusia 37 tahun itu ditahan pada pukul 12.10 te­ngah malam di sebuah rumah di Mukim Bang Po, Daerah Mueang di sini.

Jurucakap Pusat Operasi Ke­­­se­lamatan Dalam Negeri Wi­layah 4 (ISOC 4) berkata, penahanan suspek itu dibuat mengikut Akta Undang-Undang Tentera Darat selepas pihak berkuasa menerima maklumat dia sedang bersembunyi di kawasan tersebut.

“Semasa operasi dijalankan, suspek tidak melawan dan menyerah diri secara sukarela,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Terdahulu, satu serangan bom menggunakan kereta dilapor menggegarkan pintu masuk Istana Thaksin Ratchaniwet di Mukim Kalawuo, Daerah Mueang, berhampiran Balai Polis Tan Yong.

Letupan kira-kira pukul 7.20 malam itu menyebabkan tembok premis balai polis ber­sswkenaan runtuh, namun tiada kemalangan jiwa atau kecede­raan dilaporkan.

Siasatan awal mendapati, sekurang-kurangnya empat individu menolak sebuah kereta sebelum meninggalkannya berhampiran pintu masuk balai polis tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN