Pesakit saraf cemas rumah dibadai ribut

Pesakit saraf cemas rumah dibadai ribut

SITI Norfadhilah Che Hashim melihat anak saudaranya menggantikan zink yang tercabut di Kampung Kok Serai, Tumpat, Kelantan, semalam. - UTUSAN/ ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Seorang lelaki yang menghidap sakit saraf berdepan detik cemas apabila terpaksa menyelamatkan diri selepas zink bumbung rumahnya diterbangkan ribut dalam kejadian di Kampung Kok Serai, Pengkalan Kubor, di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, Nazri Derahman, 62, yang sedang berehat di atas sofa di dapur menyelamatkan diri ke ruang tamu untuk berlindung bersama tiga anaknya sebaik sahaja bumbung rumah tercabut dipukul angin kencang.

Isterinya, Siti Norfadhilah Che Hashim, 41, berkata, ketika kejadian suaminya sedang berehat sebelum keadaan bertukar cemas apabila angin kencang menerbangkan zink bumbung rumah mereka.

“Saya bersyukur kerana suami yang menghidap sakit saraf itu sempat menyelamatkan diri dan kami sekeluarga tidak me­ngalami sebarang kecederaan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di Kampung Kok Serai, semalam.

Siti Norfadhilah berkata, ribut yang melanda kawasan itu turut menyebabkan dua rumah jirannya mengalami kerosakan, menjadikan keseluruhan tiga rumah terjejas.

“Syukur tiada pokok tumbang menghempap rumah,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN