Penyelaras keselamatan diwujudkan di semua sekolah

Penyelaras keselamatan diwujudkan di semua sekolah

FADHLINA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mewujudkan penyelaras keselamatan di setiap sekolah dibantu kepakaran Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) bagi memperkukuh ekosistem keselamatan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, inisiatif itu melibatkan latihan serta bimbingan menyeluruh daripada NIOSH, khususnya dalam aspek keselamatan bangunan, longkang, pencegahan kebakaran dan pengurusan risiko di sekolah.

Menurut beliau, langkah tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan KPM untuk memastikan persekitaran sekolah sentiasa selamat buat murid, guru dan warga sekolah.

“Audit dan pemantauan mesti terus diberikan pengukuhan di peringkat KPM. Apabila bercakap pemantauan dan audit sebagainya, kita melakukannya secara tidak berseorangan tetapi terdapat sebuah jawatankuasa ditubuhkan.

“Ia untuk memastikan bahawa seluruh agensi mempunyai pandangan dan juga memastikan KPM melaksanakan semua agenda untuk memantau dan memperkukuhkan ekosistem selamat di sekolah.

“Kami juga mendapat sokongan penuh NIOSH dan kepakaranya untuk memastikan soal terkait dengan bangunan, longkang, kebakaran yang diberikan bimbingan sepenuhnya dan dilatih oleh pihak NIOSH. Untuk memastikan di peringkat sekolah akan ada penyelaras keselamatan ini diwujudkan,” katanya dalam Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Roslan Hashim (PN–Kulim Bandar Baharu) yang meminta penjelasan berhubung langkah kerajaan dalam mengurangkan kerisauan ibu bapa serta usaha kementerian memastikan keselamatan murid di sekolah terus terpelihara, selain intervensi terhadap sekolah berisiko dan penyelenggaraan kuarters guru.

Tambah Fadhlina, perhatian terhadap kebajikan guru turut diberi tumpuan termasuk aspek kemudahan kuarters guru dan bilik guru sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan kesejahteraan warga pendidik.

“Antara perhatian yang kita berikan adalah kesejahteraan guru selain bilik guru. Kita sedang kenal pasti, bagaimana kita terus optimumkan selain daripada membaiki.

“Terdapat juga kuarters guru sudah optimum untuk diperbaiki manakah yang lain itu, kita akan usahakan bersama agensi lain untuk memastikan ia dapat terus dioptimumkan penggunaannya barangkali memenuhi keperluan kepentingan penjawat awam lain,”katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN