Pemuda Pas, UMNO cuba kekal kerjasama hingga PRU16

Pemuda Pas, UMNO cuba kekal kerjasama hingga PRU16

GAMBAR pertemuan antara kepemimpinan Pemuda UMNO dan Pemuda Pas yang dikongsikan Muhamad Akmal Saleh. - FB AKMAL SALEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pergerakan Pemuda Pas dan UMNO akan cuba mengekalkan kerjasama yang terjalin pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) bagi menguatkan kuasa politik Melayu dan Islam.

Pengarah Pilihan Raya Pemuda Pas, Dr. Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Muhammad Fauzi berkata, kepemimpinan kedua-dua belah pihak mengadakan pertemuan semalam dengan memberi tumpuan untuk membincangkan kempen bersama untuk PRN Negeri Sembilan.

“Pertemuan itu memberi fokus untuk PRN Negeri Sembilan tetapi kami barisan Pemuda akan cuba supaya hubungan ini kekal hingga PRU16 bagi menguatkan kuasa politik Melayu dan Islam.

“Namun, semua keputusan kerjasama bukan Pemuda yang putuskan tetapi Pas Pusat dan Majlis Tertinggi UMNO,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkongsi di dalam laman Facebook beliau pertemuan antara Pemuda UMNO dan Pemuda Pas dengan menzahirkan harapan supaya pertemuan berkenaan dapat membawa kebaikan kepada semua pihak.

Hantaran itu memaparkan gambar beberapa pemimpin kedua-dua sayap parti berkenaan bergambar bersama.

Ia turut memperlihat Muhamad Akmal berjabat tangan dengan Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden.

Dalam hantaran itu, beliau menekankan pertemuan tersebut bukan soal UMNO atau Pas tetapi sebagai usaha yang berpaksikan kepentingan agama, bangsa dan tanah air. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN