Pembinaan jalan Orang Asli Gua Musang kembali rancak

Pembinaan jalan Orang Asli Gua Musang kembali rancak

SEKUMPULAN guru-guru Sekolah Kebangsaan Balar terpaksa menempuh perjalanan mencabar untuk menjalankan tugas mendidik anak-anak Orang Asli di pedalaman Gua Musang, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Pembinaan jalan perhubungan ke beberapa pe­nempatan Orang Asli di daerah ini kembali disambung semula selepas ‘tertangguh’, sekali gus memberikan kelegaan kepada penduduk termasuk warga pendidik yang bertugas di kawasan pedalaman.

Difahamkan, ‘penangguhan’ itu ekoran keadaan cuaca dan peruntukan.

Ahli Dewan Undangan Ne­geri (ADUN) Galas, Datuk Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, berdasarkan maklumat dite­rima, kontraktor yang dilantik sudah membawa masuk jentera untuk kerja-kerja pembinaan laluan tersebut.

“Melihat kepada perkemba­ngan ini, ia satu perkara positif yang mana jalan ini adalh satu keperluan mendesak kepada masyarakat Orang Asli di kawasan pedalaman untuk me­lakukan urusan harian mereka termasuk ke bandar Gua Musang.

“Jadi, besar harapan saya agar projek ini dapat berjalan seperti biasa dan siap mengikut jadual,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mohd. Syahbuddin berkata, pembinaan itu melibatkan laluan masuk ke Kuala Betis, Pos Bihai, Pos Belatim, Pos Balar dan Pos Hau.

Katanya, projek sejauh 94 kilometer itu memberi manfaat kepada 7,147 masyarakat Orang Asli suku kaum Temiar di 68 buah kampung dengan peruntukan berjumlah RM190 juta.

Sementara itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Balar, Mohd. Fadzeli Ibrahim berkata, pembinaan jalan perhubungan masuk ke kawasan itu sedang berjalan.

Katanya, kontraktor yang dilantik sudah melakukan kerja-kerja mengukur untuk pembinaan jambatan dan pemasangan pembentung. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN