Pasangan remaja direman kes penemuan bayi

Pasangan remaja direman kes penemuan bayi

Seorang remaja lelaki direman empat hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi membantu siasatan kes penemuan bayi perempuan yang dipercayai dibuang di kawasan semak berhampiran sebuah rumah di Kampung Jawa, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Seorang remaja lelaki direman empat hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi membantu siasatan kes penemuan bayi perempuan yang dipercayai dibuang di kawasan semak berhampiran sebuah rumah di Kampung Jawa, semalam.

Perintah reman sehingga 26 Julai itu dikeluarkan Majistret Don Stiwin Malanjum terhadap suspek berusia 17 tahun bagi membolehkan pihak polis melengkapkan siasatan dan mengambil sampel Asid Deoksiribonukleik (DNA) dibawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Permohonan reman berkenaan dikemukakan Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, Inspektor Robiatul Adawiyah Japri.

Berdasarkan keterangan kes, bayi dipercayai baru dilahirkan itu ditemui orang awam kira-kira pukul 6 pagi, di kawasan semak berhampiran sebuah rumah di Kampung Jawa, semalam.

Pasukan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menerima panggilan daripada orang awam kemudian bergegas ke lokasi sebelum membawa bayi terbabit ke Hospital Tawau bagi pemeriksaan lanjut.

Susulan kejadian itu, pihak polis menahan dua pasangan remaja di Kampung Jawa, berhampiran lokasi bayi itu ditemui, pukul 10.40 malam, pada hari yang sama.

Remaja perempuan berusia 15 tahun itu kini berada di hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.

Suspek bagaimanapun direman 14 hari di bawah tahanan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN