PETALING JAYA: Pas menyeru penyokongnya supaya tidak memecahkan undi, sebaliknya menyatukan sokongan kepada calon parti itu di kawasan yang ditandingi.
Timbalan Pengarah Pilihan Raya Pas, Tan Sri Annuar Musa bagaimanapun berkata, penyokong parti itu perlu memberikan undi kepada Barisan Nasional (BN) di kawasan yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN).
“Pas tak gugat Johor. Di mana ada calon Pas, satukan undi kita. Undi Pas jangan berpecah. Di mana tiada PN satukan undi bersama BN,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Esok, PRN Johor akan menyaksikan lebih 2.7 juta pemilih keluar mengundi bagi menentukan wakil di 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). – UTUSAN










