Murid lelaki jatuh bangunan sekolah mahu tangkap burung merpati

Murid lelaki jatuh bangunan sekolah mahu tangkap burung merpati

KEADAAN murid lelaki yang dipercayai terjatuh dari siling tingkat tiga bangunan sebuah sekolah di Kuala Nerang, Padang Terap.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP: Seorang murid lelaki tahun lima cedera selepas dipercayai terjatuh dari siling tingkat tiga bangunan sebuah sekolah di sini ketika mahu menangkap burung merpati pada petang semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan pada beberapa bahagian badan termasuk tangan kiri dan kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Superintenden Mohd. Anuar Junoh berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian daripada seorang guru pada pukul 4 petang.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian tersebut merupakan kemalangan sendiri dan tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.

“Mangsa dipercayai terjatuh ketika mahu mengambil burung dan mengalami kecederaan pada tangan kiri. Murid itu kini dirawat di HSB,” katanya.

Kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa hadir ke sekolah pada sebelah petang untuk mengikuti Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

Murid berkenaan dikatakan menggunakan laluan pili bomba untuk memanjat ke siling di tingkat tiga bangunan sekolah bagi menangkap burung merpati. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN