Medan selera Seksyen 51A, PJ dinaiki air kali ketiga 

Medan selera Seksyen 51A, PJ dinaiki air kali ketiga 

TANGKAP layar menerusi siaran langsung di aplikasi TikTok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah medan selera di Seksyen 51A di sini sekali lagi dilanda banjir susulan hujan lebat yang melanda ibu negara petang ini.

Kejadian itu merupakan kali ketiga kawasan berkenaan dinaiki air selepas insiden terakhir pada Mei lalu, dengan paras air dilaporkan mencecah 1.2 meter.

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan beberapa kenderaan ditenggelami air, manakala pekerja medan selera berusaha menyelamatkan barangan daripada rosak akibat banjir.

Tinjauan Utusan Malaysia di media sosial turut mengesan beberapa kejadian pokok tumbang di beberapa kawasan susulan hujan lebat dan angin kencang yang melanda ibu negara petang ini.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan pihaknya baru menerima panggilan daripada orang awam berkaitan kejadian tersebut. 

“Jentera dari Petaling Jaya masih dalam perjalanan ke lokasi,” katanya secara ringkas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN