Masyarakat takutkan kena berteman supaya tidak hidup sendiri – Mimifly - Utusan Malaysia

Masyarakat takutkan kena berteman supaya tidak hidup sendiri – Mimifly

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengaruh masyarakat yang sering menanam persepsi bahawa seseorang akan hidup kesunyian sekiranya tidak berkahwin membuatkan ramai individu, khususnya wanita, terkejar-kejar dalam mencari pasangan hidup.

Penyanyi Mimifly atau Shamimi Amalina Norhisham, 38, berkata keadaan itu menyebabkan ada dalam kalangan masyarakat tergesa-gesa mencari teman hidup tanpa memberi ruang untuk mengenali diri sendiri terlebih dahulu.

“Tidak ada sesiapa yang suka bersendirian. Saya lihat dalam masyarakat kita, terutamanya wanita, sering disuruh mengejar lelaki itu dan ini untuk berkahwin kerana takut hidup sendirian.

“Perkara itu menjadi sesuatu yang menakutkan bagi wanita. Tetapi saya rasa bukan wanita sahaja, lelaki juga mengalami perkara sama,” katanya menerusi program audio siar Studio Sembang yang tular.

Tambahnya, setiap individu seharusnya diberi ruang dan masa yang cukup untuk mengenali diri sendiri, termasuk melakukan perkara yang diminati tanpa bergantung kepada orang lain.

“Orang tidak sedar, tetapi sebenarnya fasa bersendirian memberi kita ruang untuk bertanya soalan yang lebih bermakna kepada diri sendiri.

“Dalam hidup, kita akan melalui fasa tertentu yang perlu ditempuh, dan ia bukan pengakhiran. Ibu saya juga pernah berkata, hidup bukan hanya tentang perkara indah, tetapi kita juga perlu menerima sisi gelapnya.

“Jika saya tidak pernah melalui kesusahan, saya tidak akan berusaha untuk memperbaiki diri. Hidup sentiasa akan memberi kejutan kepada kita,” katanya.

Terdahulu, Mohd Firdaus Hajar pernah berkahwin dengan Mimifly sebelum pasangan itu bercerai pada 2017.

Penyanyi lagu

itu turut mengakui melalui fasa kemurungan yang agak teruk selepas perceraian, apabila terlalu memikirkan status dirinya sebagai seorang janda. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN