‘Masterstroke’ Onn Hafiz langkah bijak - Shabery Cheek - Utusan Malaysia

‘Masterstroke’ Onn Hafiz langkah bijak – Shabery Cheek

Ahmad Shabery
AHMAD SHABERY CHEEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keputusan Barisan Nasional (BN) bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disifatkan sebagai satu masterstroke politik yang berjaya mematahkan serangan pembangkang, sekali gus menamatkan polemik kononnya UMNO bergantung kepada DAP.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, langkah Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi itu merupakan strategi politik tepat kerana berjaya mengubah rentak kempen lawan sepanjang tempoh pilihan raya berkenaan.

“Isunya bukan soal kaum atau bangsa, tetapi parti itu dilihat tidak sesuai dengan landskap politik Johor,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pengumuman berhubung pendirian BN itu turut memberi kesan kepada kempen pembangkang yang sebelum ini sering memainkan naratif kepada UMNO.

“Saya anggap itu satu masterstroke, satu pukulan yang sangat berkesan oleh Onn Hafiz.

“Selama kira-kira 13 hari selepas pengumuman itu, tidak ada lagi kempen yang mengajak rakyat menolak BN atas alasan UMNO adalah parti DAP. Malah Pas sendiri bertanding di kerusi-kerusi yang akhirnya tidak mampu membentuk kerajaan,” katanya.

Tambah Ahmad Shabery, strategi tersebut berjaya mengubah keseluruhan naratif politik di Johor sehingga isu yang sering dimainkan terhadap UMNO tidak lagi menjadi bahan utama sepanjang kempen pilihan raya.

“Orang dari Terengganu, Kelantan dan Pulau Pinang yang turun berkempen juga tidak lagi membawa isu ini. Saya melihat ia benar-benar satu langkah politik yang menyelesaikan isu tersebut,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN