Malaysia mampu terajui wakaf serantau

Malaysia mampu terajui wakaf serantau

ZULKIFLI Hasan (tengah) menerima pertukaran Surat Hasrat Kerjasama Strategik antara Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) yang diwakili Dr. Ahmad Azrin (dua kiri) sempena Konvensyen Baitumal Kebangsaan 2026 di Kuala Nerus, Terengganu. - UTUSAN/ERMA YUSNIDA JUSOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Malaysia mampu muncul sebagai negara peneraju dalam pembangunan dan pengurusan wakaf di peringkat serantau menerusi kerjasama erat antara agensi Persekutuan, kerajaan negeri serta institusi berkaitan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, negara memiliki pelbagai institusi strategik yang berperanan memperkasa ekosistem wakaf termasuk Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar), Yayasan Waqaf Malaysia serta Permodalan Wakaf Nasional.

Katanya, pada masa sama kerajaan menghormati bidang kuasa Majlis Agama Islam negeri-negeri yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal wakaf di peringkat masing-masing.

“Melalui platform sedia ada kita sentiasa bekerjasama, berbincang serta bertukar pandangan dan pengalaman bagi memperkasa pembangunan wakaf.

“Insya-Allah dengan kekuatan institusi, agensi dan kerjasama yang diperkasa, Malaysia mampu menjadi negara peneraju dalam bidang wakaf,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Baitulmal Kebangsaan 2026 di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), di sini hari ini.

Mengulas titah Sultan mengenai pemerkasaan wakaf, Zulkifli berkata, titah tersebut menjadi suntikan semangat kepada kerajaan untuk terus menambah baik pembangunan sektor berkenaan.

Katanya, Malaysia mencapai pelbagai kejayaan dalam pembangunan wakaf termasuk memperkenal pelbagai produk wakaf moden berasaskan instrumen hibrid serta memperkukuhmkerjasama strategik antara sektor awam dan swasta.

“Kita menjunjung kasih atas titah Tuanku dan akan meneruskan segala usaha bagi memperkukuh pembangunan wakaf di negara ini,” katanya.

Terdahulu, Zulkifli berkata, Konvensyen Baitulmal Kebangsaan 2026 yang memasuki penganjuran kali keenam menghimpunkan lebih 400 peserta terdiri daripada wakil majlis agama Islam negeri, pusat zakat, universiti, institusi pengajian tinggi, pengamal undang-undang, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) serta pelbagai agensi berkaitan.

Beliau berkata, konvensyen itu menjadi platform membincangkan hala tuju kewangan sosial Islam dengan memperluas peranan baitulmal bukan sahaja sebagai institusi pengagihan bantuan, malah sebagai pemangkin penjanaan ekonomi ummah.

Menurutnya, institusi baitulmal di seluruh negara kini bergerak ke hadapan dengan memanfaatkan teknologi digital termasuk kecerdasan buatan (AI), teknologi rantaian blok (blockchain) dan pelbagai inovasi lain bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian.

“Pada masa sama, kitameneroka instrumen dan produk baharu yang lebih kompetitif supaya dapat menawarkan penyelesaian yang lebih berkesan kepada keperluan masyarakat masa kini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN