Lelaki curi fius TNB ditahan polis

Lelaki curi fius TNB ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Tindakan seorang lelaki mencuri fius elektrik milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di beberapa premis perniagaan sekitar Bandar Jerteh, di sini membawa padah apabila dia diberkas polis, semalam. 

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd. Rozaime Ab Rahim berkata, suspek berusia 43 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12.45 tengah hari di Jerteh sejurus selepas laporan diterima. 

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas suspek membawa kepada penemuan dan rampasan sebanyak lapan unit fius elektrik yang dipercayai berkaitan dengan kes tersebut.

“Sebanyak 10 laporan polis diterima daripada pemilik premis perniagaan di sekitar bandar jerteh berkaitan kehilangan fius elektrik di luar premis masing-masing yang menyebabkan gangguan bekalan elektrik serta menjejaskan operasi perniagaan, “katanya di sini hari ini. 

Katanya, suspek berkenaan turut mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN