Lelaki buruan kes samun akhirnya ditahan 

Lelaki buruan kes samun akhirnya ditahan 

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang menjadi buruan polis sejak dua tahun lalu selepas dipercayai terbabit dalam kejadian samun berkumpulan di sebuah unit kondominium di Jalan Dua, Chan Sow Lin, akhirnya ditahan pada Jumaat lalu.

Suspek berusia lewat 20-an itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras hasil maklumat serta risikan berterusan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, tangkapan dilakukan pada pukul 12 tengah hari di tepi Jalan Sungai Jelok, Kajang, Selangor.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas sehelai seluar jeans dan sepasang kasut yang dipercayai digunakan semasa kejadian.

“Suspek direman selama tujuh hari bermula 11 Julai hingga 17 Julai ini bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih diteruskan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN